BELIA DINASIHATKAN SEGERA UNTUK MENGHANTAR PERMOHONAN
Hanya tinggal beberapa kekosongan untuk kursus tajaan
K’jaan di Kolej SEGi Sarawak
Mohon LIKE Page kami di :
Para pelajar lepasan PMR atau SPM diseru untuk merebut peluang keemasan bagi mengikuti program tajaan kerajaan di Kolej SEGi Sarawak. Memandangkan penempatan adalah terhad, mereka dinasihatkan agar segera menghubungi pihak SEGi untuk mendaftarkan diri.
Program ini merupakan sebuah program yang dirangka khas untuk membantu mereka yang kurang berkelayakan untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah sarjana muda, dan juga untuk mereka yang lebih gemar kepada bidang-bidang vokasional.
Terdapat 4 kursus ditawarkan iaitu Mekanik Kenderaan Bermotor, Pemandu Pelancong, Pereka Grafik dan Pengurusan Kaunter Hadapan. Kesemua kursus mengambil masa selama setahun, kecuali kursus Pengurusan Kaunter Hadapan yang mengambil masa selama 18 bulan.
Kesemua kursus yang ditawarkan adalah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, dikelolai oleh Kolej SEGi Sarawak, serta dibiayai oleh Tabung Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Pembangunan Sumber Manusia.
“Penempatan adalah terhad di mana setiap kursus cuma diperuntukkan sebanyak 25 kekosongan sahaja” ujar Pengetua Kolej SEGi Sarawak, Stella Lau, antara lain menekankan bahawa hanya 25 permohonan pertama yang akan dilayan.
Untuk mengikuti kursus ini, pelajar hanya perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM100 bagi menduduki kelas yang dijadualkan bermula pada 4 Julai 2011.
Calon yang kurang berminat dengan kursus yang bersifat akademik, boleh memohon untuk mengikuti kursus vokasional yang turut ditawarkan. Namum begitu, calon mestilah sekurang-kurangnya berumur 16 tahun ke atas dan boleh bertutur dan memahami Bahasa Malaysia.
Bagi yang ingin mengikuti kursus Pengurusan Kaunter Hadapan, Mekanik Kenderaan Bermotor dan Pereka Grafik, calon mestilah sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan PMR atau SPM.
Manakala bagi Pemandu Pelancong, syarat kemasukan adalah lulus sekurang-kurangnya 6 subjek dan setelah selesai kursus, mereka wajib menduduki Ujian Pemandu Pelancong sebelum layak bekerja sebagai Pemandu Pelancong yang bertauliah.
Beliau turut mengingatkan kepada mereka yang berminat untuk mendaftar agar membawa dokumen-dokumen yang lengkap, berserta salinan kad pengenalan, slip PMR atau SPM, Sijil Berhenti Sekolah dan juga 2 keping gambar berukuran passport.
Kesemua belia Malaysia tidak mengira latar belakang adalah disarankan untuk memohon.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 1-300-88-7344 atau 082 – 252566. Emelkan kami sebarang pertanyaan anda ke infoswk@segi.edu.my.
No comments:
Post a Comment