Kini lepasan PMR/SPM berpeluang menceburi bidang Grafik & Multimedia

Pelajar sesi pertama kursus Pereka Grafik ambilan Julai bersemangat untuk memulakan kelas pada minggu ini.

KUCHING - Kolej SEGi Sarawak melalui Fakulti Seni Reka Bentuk Kreatif menawarkan peluang keemasan kepada lepasan PMR dan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terutamanya di bidang seni reka grafik.

Menyedari akan kepentingan bidang grafik di kebanyakan industri, pihak Kolej SEGi Sarawak telah diberikan kepercayaan untuk mengelolakan kursus kepada lepasan sekolah yang memerlukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sebagai nilai tambah untuk membantu mereka mencari pekerjaan yang lebih baik.

Mereka yang memilih untuk mempelajari bidang ini akan didedahkan dengan kemahiran menghasilkan seni grafik secara kreatif, pengaplikasian teori warna, bidang percetakan, rekaan digital dan juga pengurusan projek.

“Kami memberikan penekanan terhadap beberapa aplikasi khusus kerana kami percaya bahawa ianya penting dalam bidang penerbitan, pengiklanan dan juga komunikasi korporat” ujar Penasihat Program Pereka Grafik, William Munan.

Selain kemahiran dalam penghasilan seni grafik, mereka turut dilatih dari segi perancangan dan persembahan yang mana dapat menghasilkan pekerja yang bersedia untuk bekerja di dalam industri yang luas dan dinamik.

“Bidang ini boleh menjanjikan kerjaya yang cemerlang kerana mereka yang terlatih di dalam bidang ini amat diperlukan di kebanyakan industri”.

Setelah tamat kursus, pelajar akan dihantar untuk menjalani latihan industri di mana-mana organisasi swasta mahupun kerajaan.

Ini bertujuan untuk memperkemaskan mereka dengan pengalaman bekerja di bidang yang mereka pelajari.

 “Mereka yang berminat kepada bidang ini tidak perlu risau kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang mereka perolehi dari kursus ini telah diiktiraf oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan pihak Kementerian Sumber Manusia Malaysia” ujar beliau lagi ketika ditanya mengenai pengiktirafaan kursus yang ditawarkan.

Untuk pengetahuan umum, yuran pendaftaran yang dikenakan hanyalah serendah RM100 dan pinjaman pendidikan turut disediakan kepada mereka yang layak.

Seperti ambilan yang sebelum ini, cuma 25 tempat sahaja yang ditawarkan. Untuk itu, mereka yang berminat disarankan agar cepat menghantar permohonan untuk pendaftaran.

Tarikh akhir untuk pengambilan seterusnya adalah dijadualkan pada 18 Julai 2011.

Mereka yang berminat, boleh menghubungi pihak Kolej SEGi Sarawak di talian, 082-252566 atau emailkan pertanyaan anda ke infoswk@gmail.com.

###

No comments:

Post a Comment