Cuma RM100 untuk mendapat kelayakan yang lebih tinggi
Para pelajar bersemangat untuk memulakan sesi perkuliahan yang dijadualkan bermula pada minggu hadapan.
KUCHING – Prihatin terhadap masa depan lepasan sijil Pendidikan Menengah Rendah (PMR) dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Kolej SEGi Sarawak telah membuka kursus khas untuk membantu mereka menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sekaligus membantu mereka untuk memperoleh pekerjaan yang lebih baik.
Program ini dirangka khas bagi mereka yang kurang berkelayakan untuk meneruskan pengajian ke peringkat diploma mahupun ijazah sarjana muda.
Bagi yang kurang berminat terhadap pembelajaran yang bersifat akademik, mereka boleh memohon untuk mengikuti kursus vokasional yang bersifat lebih praktikal.
Secara keseluruhannya, terdapat 4 kursus yang ditawarkan, antaranya – Mekanik Kenderaan Bermotor, Pemandu Pelancong, Artis DTP & Pereka Grafik, yang mana mengambil masa setahun, dan juga kursus Pengurusan Kaunter Hadapan yang mengambil masa selama 18 bulan.
“Pihak kami cuma memperuntukkan 25 tempat sahaja untuk setiap pengkhususan, jadi mereka yang berminat adalah digesa untuk cepat menghantar permohonan” ujar Pengetua Kolej SEGi Sarawak, Stella Lau, di minggu orientasi sambutan pelajar ambilan Julai baru-baru ini.
Bagi yang ingin mengikuti kursus Pengurusan Kaunter Hadapan, Mekanik Kenderaan Bermotor dan Pereka Grafik, calon mestilah sekurang-kurangnya berumur 16 tahun dan mempunyai kelayakan PMR atau SPM.
Manakala bagi Pemandu Pelancong, syarat kemasukan adalah kredit sekurang-kurangnya 6 subjek, dan setelah tamat pengajian, mereka wajib menduduki Ujian Pemandu Pelancong sebelum layak bekerja sebagai Pemandu Pelancong yang bertauliah.
“Kami berharap agar para ibu bapa tidak mensia-siakan peluang ini kerana ianya dapat membantu anak-anak mereka untuk lebih berjaya di bidang pekerjaan nanti”.
Pendaftaran masih lagi dibuka sehingga 11 Julai 2011.
Beliau turut mengingatkan kepada mereka yang berminat untuk mendaftar agar membawa dokumen-dokumen yang lengkap, berserta salinan kad pengenalan, slip PMR atau SPM, Sijil Berhenti Sekolah dan juga 2 keping gambar berukuran passport.
Kesemua belia Malaysia tidak mengira latar belakang adalah disarankan untuk memohon.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 082 – 252566. Emelkan kami sebarang pertanyaan anda ke infoswk@segi.edu.my.
###
No comments:
Post a Comment