Lepasan UEC, CAT & LCCI layak untuk memperolehi Ijazah Kepujian UK


Kolej SEGi Sarawak berazam untuk melatih graduan yang mampu bersaing di dalam bidang perniagaan yang kompetitif.

KUCHING – Berita baik kepada pelajar lepasan UEC dan CAT, dan juga pemegang diploma dari LCCI. Anda kini berpeluang untuk memiliki ijazah sarjana kepujian dari United Kingdom dalam bidang kewangan dan perakaunan.

University of Sunderland (UK) kini menawarkan program Ijazah Sarjana Kepujian 3+0 dalam bidang perakaunan dan kewangan kepada lepasan UEC, CAT dan LCCI menerusi rakan usahasama pendidikan mereka, Kolej SEGi Sarawak.

“Pelajar UEC yang mempunyai keputusan sekurang-kurangnya 5B di dalam suma matapelajaran adalah layak untuk memohon mengikuti program ini” kata Stella Lau, Pengetua Kolej SEGi Sarawak. 

“Dalam pada masa yang sama, mereka juga layak untuk memohon pinjaman PTPTN untuk membiayai yuran pengajian mereka”.

Graduan dalam bidang ini turut diberikan pengecualian maksimun ke atas 9 subjek oleh pihak Association of Chartered Certified Accountant (ACCA), sebuah badan perakaunan bertauliah global.

Melalui program ini, para pelajar hanya perlu menduduki 5 baki ujian untuk membolehkan mereka ditauliahkan sebagai ahli ACCA.

Graduan dalam bidang ini juga akan mendapat pengecualian daripada menduduki kesemua ujian peringkat sijil dan pengurusan akaun daripada Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), sebuah badan professional berhubung dengan pengurusan akaun dan juga pengecualian dari badan perakaunan professional yang lain seperti AIA dan Institute of Chartered Accountants of Scotland (ICAS).

Pelajar yang berjaya menamatkan program ini di Kolej SEGi Sarawak akan dianugerahkan ijazah yang sama seperti graduan lepasan kampus induk, University of Sunderland, United Kingdom.

Bagi menyamakan standard dan kualiti pengajian, segala peperiksaan dan tugasan adalah dikeluarkan oleh pihak University of Sunderland sendiri.

Peluang ini membolehkan para pelajar untuk memiliki ijazah daripada universiti luar negara tanpa perlu berbelanja sebanyak RM70000-RM80000 setahun jika mereka memilih untuk mengikuti program yang sama di kampus induk, United Kingdom.

Berdasarkan kedudukan tukaran matawang asing semasa, para pelajar cuma perlu berbelanja sekitar RM30000 untuk mengikuti program ini di kampus SEGi Sarawak.

“Pelajar yang berminat boleh memohon pinjaman penuh daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau skim bayaran ansuran tanpa faedah. Mereka cuma perlu menghadirkan diri ke kampus SEGi untuk mendapatkan maklumat lanjut” tambah beliau lagi.

Pendaftaran untuk ambilan September sudah dibuka, kepada yang berminat, sila hubungi nombor bebas tol 1-300-88-SEGI atau 082 – 252566 atau emailkan pertanyaan anda kepada infoswk@segi.edu.my.

###

No comments:

Post a Comment